.

.


mai lah jdi temanku yg setia...

Friday, 22 February 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

                       

Assalamualaikum.....
  
Hai...hai...kome semua ate moh leh kita join segmen saya blogger dari negeri????(nak join sng jew klik banner kat atas ni )Ate tau dah ke teman ni blogger dari negeri mane???
Ate Cer Teka... Cer Teka....

                                                                             
                           of courselah teman blogger dari negeri

                                                                             


                                                         ...


                                                                               

                                                        ...


                                                       

                                                          ...



                                



                              
                                                 
Yap,saya blogger dari negeri bijih timah,negeri perwira Dato Maharaja Lela iaitu PERAK DARUL RIDZUAN.
I'M PERAKIAN BLOGGER!!!!
Perak saya tinggal di Bandaraya PERAK iaitu IPOH,PERAK. 
 IPOH MALI!!!! 
IPOH MALI xlak sombong!!!.


Ok,apa yang istimewanya dan gempaknya negeri Perak Darul Ridzuan ni????
Kalau nak cerita pasal keistimewaan negeri sendiri ni memang sampai tahun depan punya tahun depan punya tahun depan pun xhabis. Mmg banyak istimewanya negeri PERAK ni kome-kome...meka-meka semua....
nak tahu????kenalah datang sini baru tahu keistimewaannya hahaha...
                                       Jom Terokai Negeri Perak!!!!



Apa yg ada dekat negeri Perak dan berbeza dgn negeri lain???


1. Perak negeri Batu Kapur,negeri Bijih Tiimah,negeri pengusahaan Labu Sayong, negeri perternakan burung pepuyuh.


2. Banyak sejarah dan khazanah berharga
 ( bekas perlombongan bijih timah,tmpt bersejarah Pasir Salak,Kellie Castle,Menara Condong Teluk Intan, Perakman Kota Tampan, Lenggong).


3. Negeri yang kaya dengan limau bali dan raja buah DURIAN.


4. Negeri  Pelancongan Syurga Makanan
( Rendang Tok, Mee Kicap,Mee Udang Kuala Sepetang, Char Kuew Tiew, Tempoyak, Laksa Kuala Kangsar ).


5. Tempat mandi manda air panas,air sejuk,teluk,laut,sungai
(Lost World of Tambun, Air Panas Sungai Klah Sungkai, Teluk Batik, Pulau Pangkor, Bukit Merah, Lata Kinjang)



Dan banyak lagi..................!!!!!! Cukuplah sekadar saya berkongsi TOP 5 yang istimewa dan gempak kat negeri Perak dan yang membuatkan negeri Perak ni berbeza dengan negeri lain. Nak tau apa lagi 1001 keunikan,keistimewaan, dan kepelbagaian negeri Perak ni moh lah berkunjung ke negeri Perak!!!
                   Jom Terokai Negeri Perak macam-macam ada!!!


* Last but not least moh lah juga kome-kome join segmen Blog Abg Fiz ni memperkenalkan lagi negeri kelahiran dan negeri tanah tumpah darah sendiri.Bila lagi nak jadi DUTA negeri sendirikan!!!!
Moh Promotekan negeri kesygan kOME.. :) <3


Assalamualaikum



Sunday, 13 January 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 Di Ipoh,Perak

*entri panjang*

Assalamualaikum,
Seperti yang anda semua sedia maklum,Jajahan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke-9 jumaat baru2 ni telah diadakan di STADIUM INDERA MULIA, IPOH,PERAK. Atenya kampung teman tu yop!!!yong!!! Jadi meh sni teman nak citer pasal MLM 2012 yang berlangsung kat Perak ni.

Cer Citer!!! Cer citer!!! (ate keluar dah peraknya).



Sebagai one of the big fans of  MLM 2012 serius teruja bila dpt tahu diorg nak buat live kat sini perggghh excited sgt. Yela xsabar nak tengok my favourite comedian  JOZAN,SHIRO,SAY WHO and the most i like is ZIZAN.Then memang ikutlah informasi2 yang di tweet oleh Dato AC Mizal dengan pihak MLM tanpa ada ketinggalan satu pun informasi yela nak tahu perkembangan2 semasa MLM di ipoh ni dan  cara pengambilan tiket.

Dengar kata semua peserta MLM 2012 ini telah pun selamat tiba di Ipoh,Perak ni pada hari khamis iaitu sehari sebelum malam berlangsungnya MLM.
 " SELAMAT DATANG KE NEGERI PERAK".

 Dan pada malamnya itu, malam hari khamis tu telah diadakan sesi bermesra dengan artis MLM di Mydin RTC, Gopeng. So apalagi teman bila dapat tahu tu memang excited ajak kakak gan adik teman pi sana. Excited ni nak jumpa artis-artis MLM dan nak tengok diorg secara live depan mata especially Abg Zizan. Dan kalau ada rezeki boleh bergambar dengan Abg Zizan.


Sampai sana dalam pukul 8.25 malam camtu. Perrrghh sampai sana jangan cakaplahkan orang punyalah ramai dah ada kat situ. Jangka mula pukul 8.30 malam ala tapi biasalah kan xakan tepat so tunggu-tunggu punya tunggu xsampai2 lagi orang dah makin ramai. Saya gan adik saya apa lagi cari port yang bestlah port agak depan jugalah supaya dapat lihat para artis MLM ni dengan jelas especially MR.Z.So dalam pukul 9.15 baru diorg semua sampai dengan menaiki kereta-kereta entik.Hahaha jangan main-main diorg semua konvoi ke mydin ni dengan kereta entik kereta lama-lama dari tempat penginapan diorg MH hotel.



Ketibaan para artis MLM.Tengok tu ramai gila orang.(gambar ni diambil oleh kakak saya yang duk kat blkg saya gan adik dah lari nun ke depan pentas dah nak nmpk dengan lebih jelas haha).Bila diorg sampai tu perrghh excited sangat macam xpercaya boleh jumpa depan mata pelawak-pelawak kegemaran.Seorang-seorang naik pentas last skli Abg Zizan apa lagi terjerit-jeritlah orang. 





Macam xpercaya nampak Abg Zizan depan mata.Suka gila ......!!!(ok over excited abaikan ok :p ).Haha walaupun ni kalau kedua nampak Abg Zizan depan mata kali pertama time LAWAK Ke Der 2 hari tu kat Istana Budaya .Semua pelawak ada kecuali abg Johan je yang xde.Tapi Majlis dimulakan dengan nyanyian dan tarian lagu selamat datang ke negeri perak maklumlah 2012 kan tahun melawat negeri perak. 



Kemudian baru Dato Ac Mizal keluar semula dan panggil seorang-seorang artis MLM dan bagi sepatah dua kata.


Pelawak-pelawak ni apa lagi bila dah dapat mic mulalah buat lawak. Haha menggeletek abis.Tauke bila dapat mic hah mulalah dia ikut stail Dato Ac buat gaya tangan2 gan gaya Dato bercakap "Anda minat bon???taip mlm 20 dan hantarkan ke jambu".




Ajak SHIRO pula "Ate,kome-kome semua". Shahrul SHIRO "Hey kome,durian dah berbunga". Boleh pulak ambik liril lagu haha tapi cakap perak dieorg failedlah haha....



Bouncil SAYWHO pulak bila dpt mic xhabis-habis dengan" TEST!!! TTTEEESSSTTT!!! TTTESSSTTT!!! TEST!!!TEST!!! ". 




Haha last sekali Dato Ac panggil Abg Zizan...Abg Zizan pun bagilah ucapan "Saya sebenarnya dah banyak kali datang ke perak".






 Lepas habis sesi bagi ucapan sepatah dua kata diorg teruskan dengan permainan spontan. Ayat penyatalah,ayat soallah sama macam game dalam super spontan yang menang dapat tiket untuk tgk MLM esok.Sape yang naik atas pentas tu boleh pilih nak lawan dengan artis MLM yang mana 1 sebab lawan dieorg artis-artis MLM. Memang gamat habislah.




Semua pelawak-pelawak ni memang xduduk diam ada je lawak yang diorg buat mau dari segi percakapan ataupun fizikal.....yela dah nama pun pelawakkan....Abg Zizan serius xduduk diam ke hulu  ke hilir kejap ke kiri kejap ke kanan memang pentas tu dia punyalah. Abg Zizan ni tengok depan mata serius lagi HENSEM dari dalam tv.Betul sangat2 hensem.(ok terlebih sudah...abaikan org fanatik mmg mcm ni ). Bocil SAYWHO tengok depan mata alala comelnya kecik jew lebih comel dari dalam tv keletah dia blh tahan juga...lawak bangat. Eko SAYWHO senyap jew satu patah pun xcakap langsung xdengar suara dia. Vicha SAYWHO ada juga bersuara,Bocil apatah lagi memang bising.



 

Time ni budak ni hilang so diorg tanya sape ibu bapa budak tu. Jadi tu sebab abg zizan dukung budak ni.Untungkan budak ni didukung oleh abg zizan. Then kakak dia pun datang ambil so diorg buatlah kononnya macam jejak kasih pertemuan semula siap buat lagu background nangis-nangis bagai peluk,tu yang dalam gambar tu diorg buat mcm sedih dapat jumpa blk peluk2.....haha serius lawak. 
Tengok abg zizan layan budak depan mata serius lagi cair rasanya hahaha....nak pengsan rasanya....haha.

Tapi xlama pun sesi bertemu peminat ni dalam 1jam macam tu jew nak lebih datang esok haha. Then last sekali ucapan YB Hamidah dan sesi untuk bergambar dengan artis-artis MLM. Tapi belum sempat YB abis bagi ucapan orang ramai dah serbu naik atas pentas nak tangkap gambar dengan artis MLM. Dah seorg dua naik apa lagi semua ikutlah pakat serbu pentas perrgghh memang ramailah naik atas pentas nak tgkp gambar rasa macam nak runtuh pentas tu nengoknya.Saya nak try mencelok masuk pun payah orang tolak-tolak jadi nak xnak terpaksalah batalkan hasrat hati. Xdelah sepatutnya tunggulah dulu ni main serbu naik pentas so demi keselamatan artis dieorg cepat2 suruh artis masuk dalam kalau tidak rasanya dpt tgkp gambar ni disebabkan "nila setitik rosak susu sebelange" (mentang2 tema MLM  minggu ni peribahasa kita pun nak peribahasa jugalah). Tengok dah xdpt tangkap gambar.







Pagi jumaat pukul 10 pagi pengedaran tiket MLM dekat stadium.So memang nak pegi ambillah kan tapi sampai hah tgk barisan punya panjang dari tempat tiket tu sampai betul2 pintu gerbang stadium tu yg nak dekat jalan raya dah perrgghh memang ramai dah orang beratur. Yela dengan kata ada orang lepas sembahyang subuh terus datang beratur sebab nak dapat tiket MLM punya pasal. Dah tengok rupa macam tu xjadilah nak beratur yela kalau beratur pun rasanya harapan untuk dapat pun memang tipis tu baru barisan kat bahagian depan stadium blkg stadium ada gak sebab dia buat dua kaunter pengambilan tiket tapi di tengokkan macam tu kalau beratur pun satu apa pun xdpt sebab orang dah ramai dan berebut-rebut pulak tu.Hrrrmmm xpelah sedihlah juga tp xpela tgk kat skrin besar jela nasib baik kat perak ni ada disediakan skrin besar kat luar stadium so apa yg berlaku dalam stadium blh juga dilihat di luar stadium.

Rupa-rupanya bila dapat tahu tiket yang dieorg edarkan tu rupa-rupanya tiket luar stadium berkerusi means dieorg tengok kat skrin besar luar stadiumlah tapi berkerusi.Sebab skrin besar disediakan 2 satu skrin ada kerusi satu lagi x.So ada orang macam benganglah jugakan beratur punya lama beratur dari awl pagi  aleh2 tiket yang dapat luar stadium.Yela selalunya dieorgkan bagi tiket dalam stadium tapi kali ni kat perak ada tiket luar stadium sebab kat perak ada buat skrin besar.Memang semua tiket yang diedarkan pukul 10 pagi tu memang kesemua tiket duduk luar tengok skrin besar sahaja.Yang tiket dalam stadium semua vvip,saudara mara dan fan club dah sapu. Xdelah at least bgtaulah tiket yang diedarkan tu luar stadium sian orang beratur awal pagi astro pun xbagitau. (dlm hati nasib baik xberatur ) hehehe.






  

So malam pulak berlangsunglah MLM kat perak ni. Ate teman pun pegi jela dan tengok melalui skrin besar jela kat luar stadium.Hahaha xpayah tiket pun xpe boleh je masuk.Hahaha skrin besar pun skrin besarlah jadilah xdpt sokong abg zizan dari dalam stadium luar stadium pun jadilah yang penting semangat kesokongan tu hahaha. Memang ramai benor orangnya. Tempat skrin besar yang saya tengok ni duk kat jalan tar jew macam bersila hahaha santai gila macam tengok tv kat rumah,tengok ramai-ramai. Serius best gelak ramai2....hahaha bergegar satu ipoh!!! Bila Dato Ac jerit IPOH!!! kteorg kat luar ni pun sekali sahut PEACE YALL!!! hahaha heppening sangat. Macam yang dapat tiket tadi tempat dieorg kat skrin lagi 1 yang ada kerusi punya tapi rasanya macam tempat skrin yang saya tengok ni macam lebih best blh nak bersantai nak lentang kaki hahaha.. (ceh puji plklah kan).

Bila habis je MLM,tunggulah juga kot2 artis2 MLM keluar ke ada rezeki boleh tangkap dengan abg ZIZAN tapi xde pun.Hrrmmm xpela xde rezeki at least semalam puas ati dah dapat jumpa tengok depan mata  sendiri walaupun xbertentang mata orang kata haha tapi puas hati lah juga (ceh nak sedapkan ati jew) rasa ketidakpercayaan dapat jumpa abg zizan tu serius smpi sekarang xhabis lagi tau macam xpercaya sungguh keterujaannya tu dpt jumpa pun belum hilang lagi tau hahaha...Masih tergiang-giang lagi dalam lamunan lagi hahaha....Dah2 mai bangun dari lamunan hahaha.







Bila otw nak pi kat kereta tu ternampaklah fasha sadha dengan suaminya. Berebut orang nak tangkap gambar dengan fasha sadha. Jejai terpaksalah tunggu punyalah lama sebab ramai noh nak bergambar dengan isterinya tu. Aleh2 terpaksa body guard dia tarik bawa pi kat kereta. Kalau x memang Jejai tunggu lamalah hahaha.Fasha sadha nampak comel tambahan dengan perut dia yang tengah membesar tu comel.

Walau apa-apa pun still puas ati walaupun xdpt jumpa dengan lebih dekat artis-artis MLM dan hanya tengok melalui skrin besar kat luar stadium jew but still puas hatilah.(sikitlah).Tapi In Shaa Allah ada rezeki nanti boleh jumpa Abg Zizan lagi dan tangkap gambar (memang teringin sgt jumpa abg zizan dengan lebih dekat because dia memang slh satu artis yang saya minat sangat dan nak jumpa sangat selain one direction). And last but not least semua persembahan terbaik!!!! JOZAN AWESOME!!!!! walaupun zizan seorg...silent comedy GEMPAK HABIS!!!... :) 


Thanks kerana sudi membaca sampai habis :) <3

Assalamualaikum :)
  

Tuesday, 1 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


                                   
.                     
Assalamualaikum............

Selamat Tahun Baru 2013!!!!!! 
*boom!!boom!! percikan bunga api di langit biru...boom!!boom!!

Welcome 2013!!!Goodbye 2012!!!
Mulakan 2013 dengan rasa penuh kesyukuran...Alhamdulilah kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.Perlu kita ingat xsemua berkesempatan untuk bernafas lagi seperti saudara2 kita di Gaza yang telah syahid dulu meninggalkan kita...semoga mereka semua di tempatkan dikalangan orang2 beriman...AMIN.
Di samping itu,mulakan 2013 ini dengan motivasi diri yang kental,semangat yang membara-bara dan kecerian yang berpanjangan...Amin.In Shaa Allah...

Permulaan tahun yang baru bermaksud bermulalah segala-galanya yang baru.Maksud saya bukan baju baru,kete baru,rumah baru maksud saya ialah kepada semangat kehidupan kita yang baru.Perlu ada titik perubahan azam yang ingin kita lakukan dalam kehidupan kita contohnya kalau dulu kurang solat sunat tahun ni ingin perbykkan lagi solat sunat In Shaa Allah... walaupun xbesar mana azamnya sedikit pun jadilah,kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit...betul x???janji ada azam yang kita tetapkan dalam hidup kita yang ingin kita capai pada tahun 2013.

Perginya 2012 bermakna pergilah juga bersama-sama segala kegagalan2 pada tahun 2012,kenangan-kenangan pahit,perkara-perkara yang pahit dan sebagainya.Perkara yang lepas jangan ditoleh lagi tinggalkan segalanya pada 2012.Pada tahun 2013 inilah kita pandang ke hadapan pandang pada peluang-peluang kita menerpa kejayaan tebus semula kegagalan2 kita dimasa lampau dan semangat mengejar KEJAYAAN milik kita.

Tapi yang sedihnya juga 2012 ini masa untuk saya mengucapkan selamat tinggal pada umo belasan tahun.OH TIDAKKK!!!2013 ini bermulanyalah episod 20an.Yap tahun ni 2013 umo saya mau msk 20 tahun. Pergh terasa bagai tua sudah...sedihlah xde angka 1 di depan dah huhu....tapi 20 tahun bermaksud perlunya lebih matang,lebih berdikari dan lebih bijak. Perangai pun kena lebih kedewasaan.So tahun baru, umo pun barulah...tahun meningkat,umo pun meningkatlah....tapi itu bukanlah segala-galanya yang perlu kita pandang tapi apa yang perlu kita pandang ialah apa yang telah kita dapat,kita belajar,kejayan dalam hidup kita dan amalan kita sebagai seorang hambaNYA.Itu semua yang perlu kita pandang so tahun baru ini sama-samalah kita audit diri kita lebih baik,lebih maju,lebih berwawasan,lebih beriman dan lebih berjaya..AMIN.

Semoga tahun baru ini membawa lebih seribu satu BARAKAH,RAHMAT,KEJAYAAN dan kehidupan yang lebih BAIK kepada kita semua...AMIN.


SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!
*tahun ni juga saya pggl sebagai tahun kasih sayang sebab apa sebab 3 <3 <3
3 membentuk sebagai love so sama-samalah kita mempertingkatkan lagi kasih sayang kita kepadaNYA dan sesama manusia.
*Jadikanlah juga kehidupan kita lebih berwarna-warni seperti abstrak gambar 2013 diatas.


HAPPY NEW YEAR
<3 <3 2013 <3 <3
  

Tuesday, 4 December 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia



Fear Factor Selebriti Malaysia sebuah rancangan yang akan keudara di kaca tv anda pada 29 Disember ini!!!!!!
                          
                                  Serius xsabar nak tengok.....!!!
Yela seperti yang kita sedia maklum fear factor ini memang sebuah rancangan yang ekstrem berbenor *bak kata orang perak mana xnye ia menguji ketahan kita dari segi mental dan juga fizikal  sama ada kita takut gayat ke,takut air ke so dalam rancangan ini kita kena atasinya dah nama rancangan pun fear factor. Tambahan rancangan fear factor ni memang salah satu rancangan kegemaran saya....hehe


Yang menambah keterujaan saya lagi yang xsabar nak tengok fear factor ini adalah sebabnya kali ini ia menampilkan selebriti-selebriti Malaysia sendiri yang turut padang dalam rancangan fear factor ini.
So selebriti-selebriti ini diuji tahap fizikal dan mental mereka sepanjang diorg berada dalam rancangan ni.Haha nak tahu diorg berani ke tidakkk???berjaya ke tidakkk???kena tengoklah...


Seramai 30 orang selebriti yang terlibat dalam rancangan fear factor selebriti Malaysia ini dan dlm 30 orang ini diorang bentuk 15 kumpulan di mana setiap kumpulan ada dua orang artis.Nak tau artis mana yang sertai fear factor selebriti Malaysia ini???dan spe kumpulan diorg??? Mai sini teman nak kabo.......




Inilah antara artis-artisnya dan gandingan mereka dalam fear factor yang akan ditayangkan 29 disember nanti...


Dr Faiz & Jehan Miskin                                       Farish Aziz & Akim 
 Celina Khor & Arthur Tan                                   Atu Zero & Azri AF9
 Ajak Shiro & Elfira Roy                                       Alif Hadi & Gambit
Alam Wakaka & Arja Lee                                    Zoey Rahman & Dafi
Iz OIAM & Zawen                                            Johan Ashaari & Kaka Ashraff
 Roslan Shah & Azam Pitt                                Dazrin & Hairul Azreen
Didie Alias & Norisham Ismail                     Hafizul On Air & Hefny On Air


Hah ada pasangan yang dah berkenan dihati ke nak sokong nanti????haha

Kalau saya..saya sokong..............hrrrrmmmm Rahsialah!!!! haha nanti bila dah start baru bagitau.
Rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia  ini dijalankan sepenuhnya di Cape Town, Afrika Selatan.Dan yang lagi menariknya rancangan ini akan dihoskan oleh pemenang anugerah bintang popular 2011, sape lagi kalau bukan pelakon yang sedang hangat dengan lakonannya sebagai Adam Mukhriz dalam Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz.......


Haha hah xsabar nak tengok???!!! Jom kita duduk depan tv 29 disember ni dan sama-sama kita saksikan apakah halangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh artis-artis tanah air kita ni...berani ke tidak???? Dan siapakan artis yang akan menang dalam rancangan ini dan digelar mr.fear factor and mrs.fear factor selebriti malaysia.....tunggu!!!!
Mari kita sama-sama saksikan mulai 29 Disember ni, setiap Sabtu 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).


But sebelum tu mari kita layan trailer Fear Factor Selebriti Malaysia ini dulu.......!!!!
 *tgk trailer je pun dah membuatkan org xsabar nak tengok....takut dan cuak pun ada..huhu




Monday, 3 December 2012

19 NOVEMBER 2012




Assalammualaikum....perggghhh berhabuk sungguh blog saya ni....penat tul membersihkannya berbanyak kain lap yang digunakan nak kasi berkilat cantikkk punya...sampai tersedut hame habuk tu...haiiiisemmmm!!!!!!!!! excuse me.....terbersih pulak ni kesan habuk tadi tula..ish-ish...

maklumlah dah lama xupdate..tengoklah last update pun februari sememang-memangnya tersangatlah lama awal tahun 2012 pulak tu sekarang tengoklah dah nak penghabisan tahun 2012 dah pun...ish...ish...sememangnya blogger xberdedikasi....
dah tu tahun ni baru satu jew post yang dipublishkan...only 1 post for 2012????!!!!
apa ni mai???blogger macam mana ni???ish...ish...memang blogger xberdedikasi...hehe

ok!!!ok!!! stop about that ok.......i'm so so sorry dah lama sangat xupdate and yang update for 2012 ini pulak hanyalah satu jew..sorrrrrrrryyyy bangat!!!
http://www.emocutez.com

Hahaha tapi tujuan entri kali ni bukan nak cerita pasal habuk ke,hame habuk ke,kain lap ke...tak!! tak!! pasal cerita tu kita berhenti jew sampai disitu...ok

So tujuan sebenar entri untuk kali ini haha entri kali-2 buat 2012 haha *nampak sangat blog dah berhabuk tertinggal lama dan xberupdate...ok!!!OK!! stop!! stop...!!kata xnak cerita pasal habuk dah..
ok sebenarnya entri ni adalah untuk mencerita pasal 19 NOVEMBER 2012...hehe
ada apa dengan 19 NOVEMBER 2012????ada tajuk filem terbaru KRU ke??kan dulu KRU ada buat filem tentang 29 FEBRUARI ....OHHHH semestinya BBBBBEEEETTTTIDAKKKKK!!! Sememangnya 19 NOVEMBER 2012 bukanlah sebuah tajuk filem atau kenduri kahwin saya mahupun tarikh apa-apa jela...
SeBenaRnya 19 NOVEMBER 2012 ialahhhhhhhh...


jeng...



jeng...



   jeng.....


                             
jeng....*saja buat suspen




 Pada 19.11.2012,I'm officialy 19 years old.....!!! Yap,that day is my birthday....so sing to me happy birthday song NOWWW!!! hahaha...*xmalu minta org tolong nyanyikan..
macam sedap pulak tarikh tu dan kena pulak dengan umur saya iaitu pada 19.11.2012 secara spesifiknya saya telah pun bergajak ke umur 19 tahun. Oh tidakkk nampak noh dah tuanya...next year akan berganjak ke umur 20 perggghhh rasa xready kot...I'm still young ok *sambil menyanyikan lagu we are young....
so tahun ni saya kena enjoy dengan umur ada 1 didepan tahun depan umur saya akan ada angka 2 didepan...rasanya macam terlalu cepat masa berjalankan...hrrrmmm but apa-apa pun saya bersyukur masih lagi bernafas dan telah bernafas di muka bumi ini selama 19 tahunnya....ALHAMDULILAH.......!!!


Seronok sangat dapat wish birthday dari kawan-kawan...yela time ni la kita nak tengok kawan-kawan mana yang masih ingat kita lagi yang masih save nombor kita lagi yang masih anggap kita kawan lagi yang masih sayang kita lagi ...cewahhh haha tapi janganlah kita anggap yang xwish kita tu x sayang kita or xnak kawan gan kita lagi...huhu mungkin dia alpa dengan kesibukan pelajaran kita kena paham tapi kalau dia tak ingat kita biar kita ingat dia...sekali bermulanya perkenalan sebagai sahabat selamanya kita bersahabat...In Shaa Allah...


But one of my birthday wish yang betul-betul saya suka dengar that is from one of my beloved friend at matriculation that is from Amalina Azhar a.k.a Ama a.k.a Kak Long a.k.a Kura-kura and so on haha....thanks kak long siap ajak 1 family nyanyikan lagu happy birthday untuk adik long a.k.a me siap diiringi gitar yang dimainkan oleh mak ciknya...haha KELAS mak cik kau boleh ganti najwa lattif tau...haha terbuai-buai saya dengar nyanyian mereka ibarat menjadi seorang juri Vokal Bukan Sekadar Rupa mendengar nyanyian peserta dengan khusyuknya..... tapi tu pun sebab saya buat permintaan suruh adik dia nyanyi untuk saya kalau x memang xdelah just birthday wish tanpa nyanyian....hahaha anyway thanks ama dan familynya!!!



yeahhhh!!! Inilah birthday kek saya that is carrot cake from secret recipe sponsored and present by my one and only beloved sister...thanks sis!!!haha sukalah sebab kalau birthday saya yang sebelum-sebelum ni kek hari jadi kongsi dengan ayah saya sebab hari jadi kitaorang hanya berselang 3 hari jew ayah saya lahir pada 17 nov dekatkan???....itu namanya anak bapa haha...tapi tahun ni xsangka pulak dapat kek sendiri haha.....yap saya memang minat carrot cake ni sangat-sangat suka kalau pergi secret recipe jew comfirm order carrot cake nie....so bila dah dapat 1 whole ni memang apa lagi sapu bersihlah.....


Haha korang mesti nak tahu apa saya dapatkan??!!i mean hadiahlahhh.....xdpt apa-apa pun just belanja makan from my family,kek dan kakak masakkan my favourite food hehe thanks sis luv u lah haha...tu jew oh lagi satu kawan belanja makan jugak sebab on that day saya keluar juga dengan kawan...thanks Arina Syafiqah...so tu jela saya xsuka meminta-minta hadiah ni...cukup benda simple sudah anyway xpayah kek pun xpe asalkan wish sahaja dah cukup membuat saya tersenyum di hari tumbesaran saya ni......lagipun xbaik meminta-minta itu namanya paksa kalau orang nak bagi biarlah datang dari hatinya baru ikhlas...then kita yang menerima hadiah tu pun dapat menerima dengan hati dan senyuman riang...


So sampai disini sahaja celoteh dan cerita yang saya nak kongsikan dengan anda di hari tumbesaran saya and thanks again kepada semua yang wish birthday kepada saya sangat-sangat terharu dan menghargainya.....THANKSSSSSS :) .


Saturday, 24 November 2012

Blog BeRHaBuKKKKK!!!!!


                    Perghhhhh berhabuk sungguh blog saya ni dah......

             Fuhh!! Fuhhhhh!! Fuhhhhhhhhhh!!!  

                                hah tu dia banyak nohhh habuknya.......
eiiiuwww tengok salat sikit jew dah hitam tangan,kalau lap ni mau bape banyak kain lap guna nak cuci kasi bersih punya...
Ok sementara saya kasi bersih saya punya blog diminta 
anda semua bersabar ok......!!


So I will be backkkk...dengan entri-entri yang mEnYenGat *hahaha menyengatlah sangat...
banyak noh nak citer ni...dah bersarang dah dalam kepala otak ni hah tunggu dah dilepaskan jeww
so JUST WAITTT..and the most importantly STAY TUNE!!! *dah macam pengacara tv pulak....
http://www.emocutez.com