.

.


mai lah jdi temanku yg setia...

Tuesday 4 December 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia



Fear Factor Selebriti Malaysia sebuah rancangan yang akan keudara di kaca tv anda pada 29 Disember ini!!!!!!
                          
                                  Serius xsabar nak tengok.....!!!
Yela seperti yang kita sedia maklum fear factor ini memang sebuah rancangan yang ekstrem berbenor *bak kata orang perak mana xnye ia menguji ketahan kita dari segi mental dan juga fizikal  sama ada kita takut gayat ke,takut air ke so dalam rancangan ini kita kena atasinya dah nama rancangan pun fear factor. Tambahan rancangan fear factor ni memang salah satu rancangan kegemaran saya....hehe


Yang menambah keterujaan saya lagi yang xsabar nak tengok fear factor ini adalah sebabnya kali ini ia menampilkan selebriti-selebriti Malaysia sendiri yang turut padang dalam rancangan fear factor ini.
So selebriti-selebriti ini diuji tahap fizikal dan mental mereka sepanjang diorg berada dalam rancangan ni.Haha nak tahu diorg berani ke tidakkk???berjaya ke tidakkk???kena tengoklah...


Seramai 30 orang selebriti yang terlibat dalam rancangan fear factor selebriti Malaysia ini dan dlm 30 orang ini diorang bentuk 15 kumpulan di mana setiap kumpulan ada dua orang artis.Nak tau artis mana yang sertai fear factor selebriti Malaysia ini???dan spe kumpulan diorg??? Mai sini teman nak kabo.......




Inilah antara artis-artisnya dan gandingan mereka dalam fear factor yang akan ditayangkan 29 disember nanti...


Dr Faiz & Jehan Miskin                                       Farish Aziz & Akim 
 Celina Khor & Arthur Tan                                   Atu Zero & Azri AF9
 Ajak Shiro & Elfira Roy                                       Alif Hadi & Gambit
Alam Wakaka & Arja Lee                                    Zoey Rahman & Dafi
Iz OIAM & Zawen                                            Johan Ashaari & Kaka Ashraff
 Roslan Shah & Azam Pitt                                Dazrin & Hairul Azreen
Didie Alias & Norisham Ismail                     Hafizul On Air & Hefny On Air


Hah ada pasangan yang dah berkenan dihati ke nak sokong nanti????haha

Kalau saya..saya sokong..............hrrrrmmmm Rahsialah!!!! haha nanti bila dah start baru bagitau.
Rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia  ini dijalankan sepenuhnya di Cape Town, Afrika Selatan.Dan yang lagi menariknya rancangan ini akan dihoskan oleh pemenang anugerah bintang popular 2011, sape lagi kalau bukan pelakon yang sedang hangat dengan lakonannya sebagai Adam Mukhriz dalam Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz.......


Haha hah xsabar nak tengok???!!! Jom kita duduk depan tv 29 disember ni dan sama-sama kita saksikan apakah halangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh artis-artis tanah air kita ni...berani ke tidak???? Dan siapakan artis yang akan menang dalam rancangan ini dan digelar mr.fear factor and mrs.fear factor selebriti malaysia.....tunggu!!!!
Mari kita sama-sama saksikan mulai 29 Disember ni, setiap Sabtu 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).


But sebelum tu mari kita layan trailer Fear Factor Selebriti Malaysia ini dulu.......!!!!
 *tgk trailer je pun dah membuatkan org xsabar nak tengok....takut dan cuak pun ada..huhu




No comments:

Post a Comment