.

.


mai lah jdi temanku yg setia...

Wednesday, 20 April 2011

Dari hati Naik ke mata atau dari mata Turun ke hati???


Tadi sewaktu saya membelek-belek blog orang (blog walking) saya ada baca satu artikel menarik dalam blog tu....nak tau psl apa??? psl cintalah....bila saya membacanye ia bgitu menarik so nak kongsilah dengar anda semua...



Dari hati NAIK ke mata atau dari mata TURUN ke hati. Yang mana satu betul. Betul ke istilah dari mata TURUN ke hati tu. Hari ini kalau kita bercakap cinta pandang pertama mesti sinonim dengan dari mata jatuh ke hati, atau bahasa mudahnya pertemuan dua mata pertama kali oleh dua insan berlainan jantina diteruskan dengan perkenalan dan membawa kepada bibit-bibit cinta dan tidak semesti diteruskan ke gerbang perkahwinan. Kenapa ia tidak sampai ke gerbang perkahwinan?
Sebab dia mudah sahaja, kerana kita mengamalkan dari mata jatuh ke hati. Bila dari mata jatuh ke hati itu bermakna nafsu yang mengawal tindak balas kita. Manakala bila kita mengamalkan konsep dari hati NAIK ke mata itu bermakna akal yang mengawal tindakbalas kita. Hati adalah pusat sistem anggota badan kita, hati yang mengerakkan segala perbuataan kita. Dengan kata lain hatilah yang memandu seseorang itu sama ada ke arah kebaikan atau ke arah kebaikan.
Sebab itu nabi melarang kita bertentang mata berlainan jantina dengan sengaja. Semua yang nabi larang itu semuanya ada hikmah. Tapi manusia tidak mahu ikut apa nabi suruh. Pantang jumpa awek, mesti pandang mata dulu tengok seksi ke tidak. Sama sekali itu bukan ajaran nabi.
Jadi disini saya ingin memberi pesanan atau tips percuma kepada semua mahkluk yang dipangil wanita,perempuan,adik,kakak. Misal kata lah kamu berada dalam situasi seperti di atas. Ada seorang jejaka yang telah terpikat dengan kamu dan ingin meluaskan isi hati kepada kamu. Kamu tanya soalan cepu emas ini kepada dia sebagai syarat wajib. Kalau dia cakap “dari mata jatuh ke hati” maka reject awal-awal kerana itu cinta nafsu. Carilah bakal imam kamu yang menjawab "dari hati naik ke mata. Insyallah inilah bakal suami yang mencintai kamu kerana tuntutan islam.


Saya begitu tertarik dgn ayat "Carilah bakal imam kamu yang menjawab "dari hati naik ke mata".Kerana pokok pangkalnya cinta yang hadir pasti datang dari hati dan kerana hatilah segalanya bermula.Tetapi terpulanglah kepada anda sendiri kerana ini hanya pendapat saya. Lain orang lain pendapatnya.

sumber :

3 comments:

  1. kena kenal dulu psgn dik.. nak kenal pake mata la. cmna nk kenal hati tu klu bukan mata dulu. btul x?

    PHYCREWZ

    ReplyDelete
  2. sebenarnya dari mata, singgah ke otak dulu baru turun ke hati.. hehe

    Entri terkini :
    Cara Mudah Buat Header Blog yang Cantik !

    ReplyDelete
  3. baiklah tidak akui juga yang mata memainkan peranan penting dalam setiap perhubungan tu cuma terpulang pada persepsi mata manusia itu sendiri..
    anyway thanks for the comments Phycrewz and Firdaus Kasim....I really appreciate your opinion

    ReplyDelete