.

.


mai lah jdi temanku yg setia...

Sunday 13 January 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 Di Ipoh,Perak

*entri panjang*

Assalamualaikum,
Seperti yang anda semua sedia maklum,Jajahan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke-9 jumaat baru2 ni telah diadakan di STADIUM INDERA MULIA, IPOH,PERAK. Atenya kampung teman tu yop!!!yong!!! Jadi meh sni teman nak citer pasal MLM 2012 yang berlangsung kat Perak ni.

Cer Citer!!! Cer citer!!! (ate keluar dah peraknya).



Sebagai one of the big fans of  MLM 2012 serius teruja bila dpt tahu diorg nak buat live kat sini perggghh excited sgt. Yela xsabar nak tengok my favourite comedian  JOZAN,SHIRO,SAY WHO and the most i like is ZIZAN.Then memang ikutlah informasi2 yang di tweet oleh Dato AC Mizal dengan pihak MLM tanpa ada ketinggalan satu pun informasi yela nak tahu perkembangan2 semasa MLM di ipoh ni dan  cara pengambilan tiket.

Dengar kata semua peserta MLM 2012 ini telah pun selamat tiba di Ipoh,Perak ni pada hari khamis iaitu sehari sebelum malam berlangsungnya MLM.
 " SELAMAT DATANG KE NEGERI PERAK".

 Dan pada malamnya itu, malam hari khamis tu telah diadakan sesi bermesra dengan artis MLM di Mydin RTC, Gopeng. So apalagi teman bila dapat tahu tu memang excited ajak kakak gan adik teman pi sana. Excited ni nak jumpa artis-artis MLM dan nak tengok diorg secara live depan mata especially Abg Zizan. Dan kalau ada rezeki boleh bergambar dengan Abg Zizan.


Sampai sana dalam pukul 8.25 malam camtu. Perrrghh sampai sana jangan cakaplahkan orang punyalah ramai dah ada kat situ. Jangka mula pukul 8.30 malam ala tapi biasalah kan xakan tepat so tunggu-tunggu punya tunggu xsampai2 lagi orang dah makin ramai. Saya gan adik saya apa lagi cari port yang bestlah port agak depan jugalah supaya dapat lihat para artis MLM ni dengan jelas especially MR.Z.So dalam pukul 9.15 baru diorg semua sampai dengan menaiki kereta-kereta entik.Hahaha jangan main-main diorg semua konvoi ke mydin ni dengan kereta entik kereta lama-lama dari tempat penginapan diorg MH hotel.



Ketibaan para artis MLM.Tengok tu ramai gila orang.(gambar ni diambil oleh kakak saya yang duk kat blkg saya gan adik dah lari nun ke depan pentas dah nak nmpk dengan lebih jelas haha).Bila diorg sampai tu perrghh excited sangat macam xpercaya boleh jumpa depan mata pelawak-pelawak kegemaran.Seorang-seorang naik pentas last skli Abg Zizan apa lagi terjerit-jeritlah orang. 





Macam xpercaya nampak Abg Zizan depan mata.Suka gila ......!!!(ok over excited abaikan ok :p ).Haha walaupun ni kalau kedua nampak Abg Zizan depan mata kali pertama time LAWAK Ke Der 2 hari tu kat Istana Budaya .Semua pelawak ada kecuali abg Johan je yang xde.Tapi Majlis dimulakan dengan nyanyian dan tarian lagu selamat datang ke negeri perak maklumlah 2012 kan tahun melawat negeri perak. 



Kemudian baru Dato Ac Mizal keluar semula dan panggil seorang-seorang artis MLM dan bagi sepatah dua kata.


Pelawak-pelawak ni apa lagi bila dah dapat mic mulalah buat lawak. Haha menggeletek abis.Tauke bila dapat mic hah mulalah dia ikut stail Dato Ac buat gaya tangan2 gan gaya Dato bercakap "Anda minat bon???taip mlm 20 dan hantarkan ke jambu".




Ajak SHIRO pula "Ate,kome-kome semua". Shahrul SHIRO "Hey kome,durian dah berbunga". Boleh pulak ambik liril lagu haha tapi cakap perak dieorg failedlah haha....



Bouncil SAYWHO pulak bila dpt mic xhabis-habis dengan" TEST!!! TTTEEESSSTTT!!! TTTESSSTTT!!! TEST!!!TEST!!! ". 




Haha last sekali Dato Ac panggil Abg Zizan...Abg Zizan pun bagilah ucapan "Saya sebenarnya dah banyak kali datang ke perak".






 Lepas habis sesi bagi ucapan sepatah dua kata diorg teruskan dengan permainan spontan. Ayat penyatalah,ayat soallah sama macam game dalam super spontan yang menang dapat tiket untuk tgk MLM esok.Sape yang naik atas pentas tu boleh pilih nak lawan dengan artis MLM yang mana 1 sebab lawan dieorg artis-artis MLM. Memang gamat habislah.




Semua pelawak-pelawak ni memang xduduk diam ada je lawak yang diorg buat mau dari segi percakapan ataupun fizikal.....yela dah nama pun pelawakkan....Abg Zizan serius xduduk diam ke hulu  ke hilir kejap ke kiri kejap ke kanan memang pentas tu dia punyalah. Abg Zizan ni tengok depan mata serius lagi HENSEM dari dalam tv.Betul sangat2 hensem.(ok terlebih sudah...abaikan org fanatik mmg mcm ni ). Bocil SAYWHO tengok depan mata alala comelnya kecik jew lebih comel dari dalam tv keletah dia blh tahan juga...lawak bangat. Eko SAYWHO senyap jew satu patah pun xcakap langsung xdengar suara dia. Vicha SAYWHO ada juga bersuara,Bocil apatah lagi memang bising.



 

Time ni budak ni hilang so diorg tanya sape ibu bapa budak tu. Jadi tu sebab abg zizan dukung budak ni.Untungkan budak ni didukung oleh abg zizan. Then kakak dia pun datang ambil so diorg buatlah kononnya macam jejak kasih pertemuan semula siap buat lagu background nangis-nangis bagai peluk,tu yang dalam gambar tu diorg buat mcm sedih dapat jumpa blk peluk2.....haha serius lawak. 
Tengok abg zizan layan budak depan mata serius lagi cair rasanya hahaha....nak pengsan rasanya....haha.

Tapi xlama pun sesi bertemu peminat ni dalam 1jam macam tu jew nak lebih datang esok haha. Then last sekali ucapan YB Hamidah dan sesi untuk bergambar dengan artis-artis MLM. Tapi belum sempat YB abis bagi ucapan orang ramai dah serbu naik atas pentas nak tangkap gambar dengan artis MLM. Dah seorg dua naik apa lagi semua ikutlah pakat serbu pentas perrgghh memang ramailah naik atas pentas nak tgkp gambar rasa macam nak runtuh pentas tu nengoknya.Saya nak try mencelok masuk pun payah orang tolak-tolak jadi nak xnak terpaksalah batalkan hasrat hati. Xdelah sepatutnya tunggulah dulu ni main serbu naik pentas so demi keselamatan artis dieorg cepat2 suruh artis masuk dalam kalau tidak rasanya dpt tgkp gambar ni disebabkan "nila setitik rosak susu sebelange" (mentang2 tema MLM  minggu ni peribahasa kita pun nak peribahasa jugalah). Tengok dah xdpt tangkap gambar.







Pagi jumaat pukul 10 pagi pengedaran tiket MLM dekat stadium.So memang nak pegi ambillah kan tapi sampai hah tgk barisan punya panjang dari tempat tiket tu sampai betul2 pintu gerbang stadium tu yg nak dekat jalan raya dah perrgghh memang ramai dah orang beratur. Yela dengan kata ada orang lepas sembahyang subuh terus datang beratur sebab nak dapat tiket MLM punya pasal. Dah tengok rupa macam tu xjadilah nak beratur yela kalau beratur pun rasanya harapan untuk dapat pun memang tipis tu baru barisan kat bahagian depan stadium blkg stadium ada gak sebab dia buat dua kaunter pengambilan tiket tapi di tengokkan macam tu kalau beratur pun satu apa pun xdpt sebab orang dah ramai dan berebut-rebut pulak tu.Hrrrmmm xpelah sedihlah juga tp xpela tgk kat skrin besar jela nasib baik kat perak ni ada disediakan skrin besar kat luar stadium so apa yg berlaku dalam stadium blh juga dilihat di luar stadium.

Rupa-rupanya bila dapat tahu tiket yang dieorg edarkan tu rupa-rupanya tiket luar stadium berkerusi means dieorg tengok kat skrin besar luar stadiumlah tapi berkerusi.Sebab skrin besar disediakan 2 satu skrin ada kerusi satu lagi x.So ada orang macam benganglah jugakan beratur punya lama beratur dari awl pagi  aleh2 tiket yang dapat luar stadium.Yela selalunya dieorgkan bagi tiket dalam stadium tapi kali ni kat perak ada tiket luar stadium sebab kat perak ada buat skrin besar.Memang semua tiket yang diedarkan pukul 10 pagi tu memang kesemua tiket duduk luar tengok skrin besar sahaja.Yang tiket dalam stadium semua vvip,saudara mara dan fan club dah sapu. Xdelah at least bgtaulah tiket yang diedarkan tu luar stadium sian orang beratur awal pagi astro pun xbagitau. (dlm hati nasib baik xberatur ) hehehe.






  

So malam pulak berlangsunglah MLM kat perak ni. Ate teman pun pegi jela dan tengok melalui skrin besar jela kat luar stadium.Hahaha xpayah tiket pun xpe boleh je masuk.Hahaha skrin besar pun skrin besarlah jadilah xdpt sokong abg zizan dari dalam stadium luar stadium pun jadilah yang penting semangat kesokongan tu hahaha. Memang ramai benor orangnya. Tempat skrin besar yang saya tengok ni duk kat jalan tar jew macam bersila hahaha santai gila macam tengok tv kat rumah,tengok ramai-ramai. Serius best gelak ramai2....hahaha bergegar satu ipoh!!! Bila Dato Ac jerit IPOH!!! kteorg kat luar ni pun sekali sahut PEACE YALL!!! hahaha heppening sangat. Macam yang dapat tiket tadi tempat dieorg kat skrin lagi 1 yang ada kerusi punya tapi rasanya macam tempat skrin yang saya tengok ni macam lebih best blh nak bersantai nak lentang kaki hahaha.. (ceh puji plklah kan).

Bila habis je MLM,tunggulah juga kot2 artis2 MLM keluar ke ada rezeki boleh tangkap dengan abg ZIZAN tapi xde pun.Hrrmmm xpela xde rezeki at least semalam puas ati dah dapat jumpa tengok depan mata  sendiri walaupun xbertentang mata orang kata haha tapi puas hati lah juga (ceh nak sedapkan ati jew) rasa ketidakpercayaan dapat jumpa abg zizan tu serius smpi sekarang xhabis lagi tau macam xpercaya sungguh keterujaannya tu dpt jumpa pun belum hilang lagi tau hahaha...Masih tergiang-giang lagi dalam lamunan lagi hahaha....Dah2 mai bangun dari lamunan hahaha.







Bila otw nak pi kat kereta tu ternampaklah fasha sadha dengan suaminya. Berebut orang nak tangkap gambar dengan fasha sadha. Jejai terpaksalah tunggu punyalah lama sebab ramai noh nak bergambar dengan isterinya tu. Aleh2 terpaksa body guard dia tarik bawa pi kat kereta. Kalau x memang Jejai tunggu lamalah hahaha.Fasha sadha nampak comel tambahan dengan perut dia yang tengah membesar tu comel.

Walau apa-apa pun still puas ati walaupun xdpt jumpa dengan lebih dekat artis-artis MLM dan hanya tengok melalui skrin besar kat luar stadium jew but still puas hatilah.(sikitlah).Tapi In Shaa Allah ada rezeki nanti boleh jumpa Abg Zizan lagi dan tangkap gambar (memang teringin sgt jumpa abg zizan dengan lebih dekat because dia memang slh satu artis yang saya minat sangat dan nak jumpa sangat selain one direction). And last but not least semua persembahan terbaik!!!! JOZAN AWESOME!!!!! walaupun zizan seorg...silent comedy GEMPAK HABIS!!!... :) 


Thanks kerana sudi membaca sampai habis :) <3

Assalamualaikum :)
  

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


                                   
.                     
Assalamualaikum............

Selamat Tahun Baru 2013!!!!!! 
*boom!!boom!! percikan bunga api di langit biru...boom!!boom!!

Welcome 2013!!!Goodbye 2012!!!
Mulakan 2013 dengan rasa penuh kesyukuran...Alhamdulilah kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.Perlu kita ingat xsemua berkesempatan untuk bernafas lagi seperti saudara2 kita di Gaza yang telah syahid dulu meninggalkan kita...semoga mereka semua di tempatkan dikalangan orang2 beriman...AMIN.
Di samping itu,mulakan 2013 ini dengan motivasi diri yang kental,semangat yang membara-bara dan kecerian yang berpanjangan...Amin.In Shaa Allah...

Permulaan tahun yang baru bermaksud bermulalah segala-galanya yang baru.Maksud saya bukan baju baru,kete baru,rumah baru maksud saya ialah kepada semangat kehidupan kita yang baru.Perlu ada titik perubahan azam yang ingin kita lakukan dalam kehidupan kita contohnya kalau dulu kurang solat sunat tahun ni ingin perbykkan lagi solat sunat In Shaa Allah... walaupun xbesar mana azamnya sedikit pun jadilah,kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit...betul x???janji ada azam yang kita tetapkan dalam hidup kita yang ingin kita capai pada tahun 2013.

Perginya 2012 bermakna pergilah juga bersama-sama segala kegagalan2 pada tahun 2012,kenangan-kenangan pahit,perkara-perkara yang pahit dan sebagainya.Perkara yang lepas jangan ditoleh lagi tinggalkan segalanya pada 2012.Pada tahun 2013 inilah kita pandang ke hadapan pandang pada peluang-peluang kita menerpa kejayaan tebus semula kegagalan2 kita dimasa lampau dan semangat mengejar KEJAYAAN milik kita.

Tapi yang sedihnya juga 2012 ini masa untuk saya mengucapkan selamat tinggal pada umo belasan tahun.OH TIDAKKK!!!2013 ini bermulanyalah episod 20an.Yap tahun ni 2013 umo saya mau msk 20 tahun. Pergh terasa bagai tua sudah...sedihlah xde angka 1 di depan dah huhu....tapi 20 tahun bermaksud perlunya lebih matang,lebih berdikari dan lebih bijak. Perangai pun kena lebih kedewasaan.So tahun baru, umo pun barulah...tahun meningkat,umo pun meningkatlah....tapi itu bukanlah segala-galanya yang perlu kita pandang tapi apa yang perlu kita pandang ialah apa yang telah kita dapat,kita belajar,kejayan dalam hidup kita dan amalan kita sebagai seorang hambaNYA.Itu semua yang perlu kita pandang so tahun baru ini sama-samalah kita audit diri kita lebih baik,lebih maju,lebih berwawasan,lebih beriman dan lebih berjaya..AMIN.

Semoga tahun baru ini membawa lebih seribu satu BARAKAH,RAHMAT,KEJAYAAN dan kehidupan yang lebih BAIK kepada kita semua...AMIN.


SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!
*tahun ni juga saya pggl sebagai tahun kasih sayang sebab apa sebab 3 <3 <3
3 membentuk sebagai love so sama-samalah kita mempertingkatkan lagi kasih sayang kita kepadaNYA dan sesama manusia.
*Jadikanlah juga kehidupan kita lebih berwarna-warni seperti abstrak gambar 2013 diatas.


HAPPY NEW YEAR
<3 <3 2013 <3 <3